Followers

Monday, April 11, 2011

~Surah Penghibur hati yang kesedihan~

SURAH AL-KHAUSAR


[1]
Sesungguhnya Kami telah mengurniakan kepadamu (wahai Muhammad) 
kebaikan yang banyak (di dunia dan di akhirat). 

[2]
Oleh itu, kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata, 
dan sembelihlah korban (sebagai bersyukur). 

[3]
Sesungguhnya orang yang bencikan engkau, Dia lah yang terputus 
(dari mendapat sebarang perkara yang diingininya).


Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat & diturunkan di Makkah dan bermaksud sungai di syurga. Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik. Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada susu dan lebih wangi daripada kasturi. Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w. kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.

P/S ~ Bacalah surah ini sekerap yg mungkin bila bersedih.. InsyaAllah kesedihan yg dialami akan hilang… mari beramal… :)

No comments:

You might also like:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...