Keayuan gadis tidak hanya terletak pada paras rupa. Ianya merupakan  gabungan segalanya, dari hujung rambut hinggalah ke hujung kaki. Berikut  merupakan diantara cara-cara bagaimana untuk gadis mengekalkan keayuan  mereka.
Menjaga kejelitaan semulajadi (natural beauty) dengan  tidak memakai bahan-bahan luaran tetapi menjaga emosi, fizikal dan  mental. Gunakan masa untuk perkara yang berfaedah dan tentukan wawasan  secara objektif, jangan banyak angan-angan. Tidur awal setiap malam dan  bangun awal setiap pagi untuk solat subuh. Jangan tidur siang hari.
Menjaga suara. Latih diri bercakap dengan nada yang lembut, tidak sengau atau suaranya terlalu kuat.
Menjaga  cara berkata-kata. Biasakan menggunakan perkataan yang melambangkan  keluhuran budi seperti ‘tolong’ serta ‘minta maaf’.
Jangan gunakan perkataan yang  terlalu beremosi seperti bosan, sakit hati, menyampah, benci dan  sebagainya kerana ia akan menyebabkan muka jadi berkerut dan masam.
Menjaga kulit. Kebersihan  sentiasa dijaga. Makanan yang berupa ulam-ulam yang wangi serta sayuran  dan buah-buahan segar patut selalu dimakan. Gunakan sabun yang tidak  merosakkan kulit.
Menjaga muka. Tangan perlu sentiasa bersih dan lembut. Jangan gunakan bedak yang bukan-bukan.
Selalu menggunakan bedak sejuk untuk menjaga kulit muka. Jangan banyak berangan.
Menjaga rambut. Ia  mahkota kejelitaan gadis. Bersihkan rambut tapi jangan terlalu kerap.  Bila bersikat, ulangi sikatan ke seluruh bahagian kepala 100 kali untuk  menjadikan rambut subur dan berkilat. Ramai lelaki suka pada gadis  berambut panjang tapi kemas.
Menjaga cara berjalan. Latih cara berjalan. Jauhi dari berjalan mengengkang atau tangan terlalu dihayun. Langkah jangan terlalu besar.
Berjalan jangan terlalu laju. Badan jangan terlalu membongkok atau tegak. Leher jangan terteleng (senget sebelah). Muka elok ditundukkan sedikit.
Menjaga gerak-geri. Bila  duduk di atas lantai duduklah dengan cara bersimpuh. Kalau duduk di  atas kerusi, eloklah sila panggung. Jangan mengangkang. Tangan jangan  terlalu digerakkan bila bercakap. Cara bergerak biarlah lemah-lembut.
Menjaga senyum. Latihlah senyum jangan tersengeh. Tutup mulut bila ketawa. Ketawa secara sederhana. Selalu senyum tapi untuk tujuan baik.
Menjaga mata. Mata  janganlah terlalu liar memandang sekeliling. Tundukkan mata dan  memandang hanya kepada apa yang sedang anda hadapi. Jangan terlalu kerap  mengerdipkan mata.
Usah terlalu kerap menjeling walaupun kepada buah hati anda.
Menjaga kehormatan. Sentiasa bertemankan ibu atau saudara bila keluar. Minta izin ibubapa.
Pakaian sopan. Pulang seawal mungkin.
Menjaga sikap. Taat beragama. Jangan bohong.
Jauhi dari merungut. Jauhi dari menjadi amat cerewet dan jaga hati orang lain.
 

 
 

No comments:
Post a Comment