Followers

Sunday, October 9, 2011

Saat Yang Paling Bahagia

Seorang isteri bertanya kepada suaminya, "Apakah saat paling bahagia didalam hidup abang? "
Suaminya memandang muka isteri dan berkata, "Saat itu belum terjadi lagi.."
Si isteri terdiam sejenak.

Kemudian dia bertanya lagi, "Dan bila saat itu akan terjadi?"

Suaminya berkata : "Saat itu adalah hari di mana awak membuka pintu dan berkata kepada saya, "Abang, Assalamu Alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh" di dalam rumah kita di Syurga.."
Firman Allah SWT :

"Wahai orang-orang yang beriman, jagalah diri kalian dan keluarga kalian dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu, penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, yang keras, yang tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan." (At-Tahrim: 6)

"Ya Allah, jadikan hamba-Mu ini mencintai orang yang beriman dan jadikanlah orang yang beriman mencintaiku." (Riwayat Muslim no. 2491)

"Semoga Allah merahmati seorang lelaki yang bangun di waktu malam lalu mengerjakan solat dan dia mengejutkan isterinya lalu si isteri mengerjakan solat. Bila isterinya enggan untuk bangun, ia percikkan air di wajah isterinya. Semoga Allah merahmati seorang wanita yang bangun di waktu malam lalu mengerjakan solat dan dia mengejutkan suami lalu si suami mengerjakan solat. Bila suaminya enggan untuk bangun, dia percikkan air di wajah suaminya." (Sanad hadis ini shahih kata Asy-Syaikh Ahmad Syakir dalam tahqiqnya terhadap Al-Musnad)

Sumber- Artikel iluvislam.com

Perkara Yang Perlu Suami Ketahui Ketika Isteri Mengandung

Adalah menjadi impian setiap wanita untuk memiliki suami yang dapat memahami mereka semasa mengandung. Hal ini kerana pada waktu ini, keadaan mereka tidak stabil dan memerlukan bantuan daripada orang lain terutamanya daripada suami. Tetapi mungkin ramai lagi suami yang di luar sana masih tidak lagi memahami situasi ini.

Apakah perkara yang perlu dilakukan suami semasa isteri mereka mengandung?

(1) Luangkan masa bersama isteri- Mungkin suami terlalu sibuk dengan pekerjaan yang perlu dilakukan. Tetapi mereka perlu berusaha untuk meluangkan masa bersama isteri. Ia kerana pada waktu ini isteri amat-amat memerlukan anda. Dengan hanya berada disamping isteri, ia dapat membantu untuk mengurangkan tekanan yang sedang ditanggung oleh mereka.

(2) Membantu pemakanan isteri- Seperti yang anda semua tahu, pada waktu ini isteri biasanya akan mengidam. Suami sepatutnya membantu untuk memenuhi kehendak mereka. Selain daripada itu, isteri juga memerlukan makanan yang berkhasiat. Sekiranya suami membelikan mereka yogurt, madu, buah-buahan atau makanan kesihatan yang lain adalah lebih baik.

(3) Perlahan-Suami perlu tahu bahawa semasa isteri mereka mengandung, segala pergerakan mereka akan menjadi perlahan. Apabila suami membawa isteri mereka untuk bersiar-siar, berjalanlah dengan perlahan untuk menunjukkan anda memahami situasi isteri anda. Tidak perlu untuk memarahi mereka disebabkan pergerakan mereka yang lambat.
(4) Tidak perlu bertanya, terus lakukan- Semasa isteri anda mengandung, tidak perlulah suami bertanyakan mengenai apa yang perlu dilakukan. Apabila melihat kain banyak tidak dibasuh, terus pergi untuk membasuhnya. Begitu juga terhadap kerja rumah yang lain. Ia adalah ciri seorang suami yang baik.

(5) Belajar- Semasa isteri anda mengandung, mereka akan mengalami perubahan yang besar di dalam aktiviti harian mereka. Suami seharusnya belajar mengenai tanda-tanda seperti ini. Ia akan membuatkan anda lebih bersedia sekiranya isteri anda marah-marah, terlalu sensitif, kuat merajuk dan sebagainya.

(6) Membantu menyiapkan hidangan makan- Sekiranya sebelum ini segala tugasan hanya dilakukan oleh isteri semata-mata untuk memastikan suami mereka kenyang, tidak salah sekiranya semasa isteri mengandung, suami pula melakukan tugasan yang sama.

(7) Membantu menjaga anak yang lain- Ini adalah peluang keemasan untuk suami menghabiskan banyak masa untuk anak mereka. Jangan sesekali melepaskan peluang ini. Ia adalah cara terbaik untuk mengeratkan lagi hubungan anda dan anak.

(8) Membawa isteri ke mana sahaja- Pada waktu ini, sebaiknya jangan biarkan isteri anda memandu seorang diri. Sekiranya anda mempunyai masa, bawalah mereka ke mana sahaja mereka ingin pergi.

(9) Pinjamkan tangan anda pada isteri- Apabila isteri ingin memakan ubat, pinjamkanlah tangan anda untuk pergi mengambil ubat. Kemudian pinjamkan tangan anda untuk pergi ambil air suam di dapur.

Sumber-Artikel iluvislam.com


Monday, August 15, 2011

10 KERETA PALING MAHAL



Pagani Zonda C12

http://blueibox.com/wp-content/uploads/2011/03/PaganiZondaC12.jpg

Ferrari Enzo

http://blueibox.com/wp-content/uploads/2011/03/FerrariEnzo.jpg

Maybach 62

http://blueibox.com/wp-content/uploads/2011/03/Maybach62.jpg

Mercedes SLR McLaren

http://blueibox.com/wp-content/uploads/2011/03/MercedesSLRMcLaren.jpg

Koenigsegg CCX

http://blueibox.com/wp-content/uploads/2011/03/KoenigseggCCX.jpg

LeBlanc Mirabeau

http://blueibox.com/wp-content/uploads/2011/03/LeBlancMirabeau.jpg
 
Shelby SSC Ultimate Aero

http://blueibox.com/wp-content/uploads/2011/03/ShelbySSCUltimateAero.jpg

Porsche Carrera GT

http://blueibox.com/wp-content/uploads/2011/03/PorscheCarreraGT.jpg
 
Saleen S7 Twin Turbo

http://blueibox.com/wp-content/uploads/2011/03/SaleenS7TwinTurbo.jpg 

Bugatti Veyron

http://blueibox.com/wp-content/uploads/2011/03/BugattiVeyron.jpg

Tuesday, August 2, 2011

KELEBIHAN BULAN RAMADHAN

1.  Daripada Anas r.a katanya : Bersabda Nabi saw :

“ Tiada daripada seorang hamba apabila melihat ia sehari bulan Ramadhan lantas dia memuji Allah ( Alhamdulillah ) ( kerana kedatangan bulan rahmat dengan kelebihan dan keistimewaannya ). Kemudian dibacanya Al-Fatihah tujuh kali, melainkan diafiatkan Allah daripada sakit matanya pada bulan itu .”

2.  Kelebihan bulan Ramadhan dan keagungannya dengan adanya Malam Lailatulqadar yang dirahsiakan, sehingga mendapat keampunan dan pahala serta rahmat dan darjat tertinggi bagi orang yang berjaga mendapatkan malam Lailatulqadar dengan dipenuhi amal ibadat dan bertaqwa kepada Allah disamping sembahyangnya yang sunat, istighfar, tasbih dan berzikir sepanjangnya.

3.  Berkata Saiyidina Ali Karromallahuwajhah, Nabi saw telah bersabda :

“ Apabila engkau melihat seharibulan maka bacalah olehmu ‘Allahu Akbar’ 3 kali , kemudian bacalah ‘ Segala kepujian bagi Allah yang telah menjadikan engkau dan telah menentukan bagi engkau pangkat-pangkat ( darjat ) dan telah menjadikan engkau tanda ( kekuasanNya ) bagi sekalian alam ’.

Allah bermegah akan hambaNya di hadapan Malaikat melalui firmanNya yang bermaksud : “ Hai Malaikat ! Saksikanlah kamu bahawa Aku telah memerdekakannya ( hamba ) daripada api neraka .”

Atau dibacakan ayat yang bermaksud : Ya Allah! Zahirkanlah Ramadhan atas kami dengan keamanan dan keimanan dan dengan keselamatan dan keislaman, Tuhanku dan Tuhan engkau Allah .

4. Bersabda Nabi s.a.w :

“ Bahawa syurga berlenggang-lenggang ia dan berhias dari setahun ke setahun kerana masuknya bulan Ramadhan .  Pada awal bulan Ramadhan bertiup angina di bawah Arasy dan bergeraklah daun kayu dengan longlai di bawah syurga, terdengarlah desiran daun kayu, hembusan bayu syurga yang teramat indahnya, seni rentak lagunya menawan seluruh perasaan nurani. Maka berhiaslah bidadari sekaliannya hingga berdirilah di atas puncak mercu syurga itu, lantas bersuaralah bidadari : Adakah orang yang hendak meminang kami kepada Allah ? Lalu bidadari lain pula bertanya : Apakah nama malam ini ? Jawab Malik Ridhwan , hai bidadari yang cantik manis, inilah malam Ramadhan .

Lalu Allah berfirman : Hai Ridhwan, bukakanlah pintu syurga Babuljannan untuk orang-orang yang berpuasa daripada umat Nabi Muhammad saw . Hai Malik Zabaniah , tutuplah pintu neraka al-Jahim daripada umat Nabi Muhammad saw .  Hai Jibril belenggukanlah syaitan, lontarkannya ke dalam lautan supaya tidak membinasakan umat Muhammad saw akan puasanya . Maka Firman Allah pada tiap-tiap malam Ramadhan tiga kali : Adakah orang yang meminta ampun ? Akan Aku ampunkannya .  ( Al-Hadith )

5.  Pada Malam Lailatulqadar, Allah Taala menyuryh akan Jibril as turun ke bumi . Lalu turunlah Jibril ke dalam perhimpunan Malaikat ke bumi bersama bendera hijau lalu dipacakkan di atas Ka’abah.  Sayapnya 600, setengahnya tiada dibuka kedua-duanya, melainkan pada malam Lailatulqadar baharudibukakan kedua-duanya sehingga sampai dari timu ke barat ( masyriq ke maghrib ) untuk menyelamatkan umat Muhammad saw .  Ia memberi salam kepada tiap orang yang berjaga pada malam Lailatulqadar beribadat kerana mencari keredhaan Allah, orang yang sembahyang dan berzikir dan berjabat tangan sesame orang mukmin dan mengucap amin doa orang-orang mukmin hinga terbit fajar subah .

        Para Malaikat berkata kepada Jibril, apakah Allah menunaikan hajat orang mukmin dari umat Nabi Muhammad saw pada bulan Ramadhan ini ? Jawab Jibril : Bahawasanya Allah menilik kepada umat Nabi Muhammad saw yang berpuasa dan beribadat kepadaNya dan dimaafkan mereka, diampunkan dosa-dosa mereka, melainkan empat orang yang tiada diampunkan dosanya, iaitu orang yang kekal minum arak, orang yang derhakakan ibu bapanya, orang yang memutuskan silaturahim dan orang yang tidak bercakap dengan saudaranya lebih daripada 3 hari .

6.  Apabila pada malam akhir Ramadhan dinamakan malam persalinan.  Pada pagi hari raya aidilfitri didatangkan Allah, Malaikat kepada tiap-tiap negeri, turunlah mereka ke bumi, berdiri pada permukaan jalan menyeru dengan suara yang kuat, semua mendengarnya kecuali jin dan manusia.  Mereka berkata : Hai umat Muhammad saw ! Keluarlah kamu menghadap Tuhan yang amat Mulia ( sembahyang raya di pagi raya ) yang memberi pemberian yang berpanjangan dan mengampun akan dosa-dosa yang besar .

   Apabila umat Muhammad saw tiba ke tempat sembahyang, Allah berfirman kepada Malaikat : Hai MalaikatKu, apakah balasannya orang yang mengambil upah apabila selesai kerjanya ?  Jawab Malaikat : Hai Tuhan kami, sempurnakanlah upahnya .  Firman Allah : Bahawa Aku saksikan kamu hai MalaikatKu, telah aku jadikan pahala dari puasa mereka pada bulan Ramadhan dan mereka mendirikan sembahyang, ialah keredhaanKu dan keampunanKu, tiada memohon kepadaKu hari ini akan sesuatu bagi agamamu dan duniamu, melainkan Aku kurniakan kepadamu .

7.  Sabda Nabi saw :

“ Diberikan kepada umatku lima perkara yang belum pernah diberi kepada umat-umat dahulu sebelumnya .”

·    Bau mulutnya orang puasa lebih harum daripada kasturi di sisi Allah .
·    Segala perbelanjaan dan derita lapar selama puasanya adalah syurga balasannya .
·    Diampunkan dosa-dosa mereka pada malam Lailatulqadar .
·    Amalan yang dilakukan pada bulan Ramadhan digandakan kepada sepuluh hingga tujuh ratus ganda, melainkan puasa maka ianya bagiKu, Aku balas kepadanya yang berpuasa menahan syahwatnya, makan minumnya kerana Aku .
·    Dan mereka dikurniakan nikmat, kepada mereka keseronokan ketika berbuka dan ketika menemui Tuhan di akhirat .   ( Al-Hadith )

8.  Sabda Nabi saw :

“ Menunaikan yang sunat diberi balasan pahala fardu dan amal fardu diberi balasan 70 kali ganda .  Bulan puasa adalah bulan sabar ( sabar dalam berbuat taat kepadaNya ) , dan sabar itu adalah syurga balasannya .  Bulan ini dilebihkan rezeki kepada hambaNya orang mukmin , diampunkan baginya dosa-dosa , barangsiapa memberi makan kepada orang yang berpuasa , pahalanya seperti memerdekakan hamba dan diampunkan dosanya .”  Berkata sahabat : Bagaimana jika kami tidak sanggup memberi makan orang yang berpuasa ( berbuka puasa ) ya Rasulullah ? Nabi bersabda : “ Allah memberi pahala kepada orang yang memberi seteguk susu atau sebiji kurma , atau segelas air. Barangsiapa mengenyangkan orang berpuasa diampunkan Tuhan dosanya , Tuhan memberi minum daripada kolam Haudh sejenis minuman yang tiada dahaga-dahaga lagi kemudiannya , hingga masuk ia ke syurga dan pahalanya seperti pahala orang berpuasa .  ( Al-Hadith )

9.   Puasa menurut yang disuruh dan menjauhkan segala pantang larangnya, diampunkan dosanya dan bertasbih, bertahlil dibinakan rumah yang indah di dalam syurga .

10.                Barangsiapa hadir ke dalam majli zikir pada bulan Ramadhan, ditulis pada tiap langkahnya ibadatnya setahun dan pada hari Qiamat bersamaku di bawah Arasy. Siapa tetap berjemaah dalam bulan puasa didirikan kota yang bercahaya indah cemerlangnya dan yang berbakti kepada ibu bapanya, Allah memandang rahmat kepadanya dan isterinya yang berbuat sesuatu mencari keredhaan suaminya maka pahala yang besar Allah kurniakan kepadanya seperti Siti Mariyam dan siapa menyampaikan hajat orang mukmin, Allah menunaikan seribu hajatnya dan siapa bersedekah kepada fakir miskin ( yang berada anak isterinya ) tiap langkah dikurniakan kepadanya seribu kebajikan, dihapuskan seribu kejahatan dan diangkatkan seribu darjat baginya .  ( Al-Hadith )

11.                Orang yang sembahyang pada bulan Ramadhan tiap sekali sujud, dikurniakan kepadanya seribu tujuh ratus kebajikan dan dibinakan rumah di dalam syurga daripada permata .  Bagi orang yang berpuasa dan beribadat , tujuh puluh ribu Malaikat meminta ampun baginya daripada pagi hingga tenggelam matahari dan dibina sebuah mahligai baginya .

12.                Pada hari Qiamat, Allah memerintah Malik Ridhwan supaya dikeluarkan orang-orang berpuasa daripada kuburnya dengan keadaan lapar dan dahaga, lalu disuruh Malik Ridhwan berikan segala keinginan mereka, dari segala macam makanan dan minuman syurga.  Maka Malik Ridhwan memerintah kepada anak-anak membawa talam-talam makanan, minuman dan buah-buahan, sebagai balasan berlapar di bulan Ramadhan .

13.                Orang mukmin yang tidur dalam bulan puasa kerana puasa Ramadhannya, dia berbalik badannya sambil menyebut nama Allah, maka berkata Malaikat kepadanya yang bermaksud ( Allah mencucuri rahmat kepada engkau ).  Apabila dia berdiri maka berdoalah hamparannya :

“ Wahai Tuhanku, kurniakanlah kepadanya hamparan permaidani tebal kepadanya di dalam syurga .”

Apabila memakai pakaian , berdoalah pakaian :

“ Wahai Tuhanku, kurniakanlah kepadanya pakaian syurga .”

Apabila memakai kasut berdoalah kasut :

“ Wahai Tuhanku, tetaplah kakinya atas titian Siratalmustaqim .”

Apabila memegang timba, berdoalah timba :

“ Wahai Tuhanku , kurniakanlah kepadanya gelas syurga .”

Apabila mengambil air sembahyang, berdoalah :

“ Wahai Tuhanku, sucikannya daripada segala dosa dan kesalahan .”

Apabila berdiri sembahyang, berdoalah rumahnya :

“ Wahai Tuhanku, cahayakanlah kuburnya dan luaskanlah atau lapangkanlah kubur serta menilik Allah kepadanya, maksudnya : hambaKu berdoa dan Aku menerima !  ( Al-Hadith )

14.                Malaikat yang banyak muka sujud kepada Allah pada hari Qiamat, satu muka sujud, satu muka melihat syurga, satu muka melihat neraka, satu muka melihat Arasy lalu berkata Malaikat itu : “ Wahai Tuhanku, ampunilah umat Nabi Muhammad saw, kasihanilah mereka! Janganlah diseksa orang yang berpuasa Ramadhan dari umat Nabi Muhammad saw .

15.                Ramadhan ertinya bulan mendapat keredhaan Allah dan keampunan Allah bererti memberi jaminan ( kerana ibadatnya pada bulan mulia dengan penuh taat ) mendapat syurga anugerah Allah bagi hambaNya yang benar-benar melakukan ibadat keranaNya pada bulan Ramadhan termulia ini dengan ganjaran pahala sehingga seribu kali ganda dan keampunan yang banyak sekali, teristimewa pada malam Lailatulqadar .

16.                Bahawasanya di dalam syurga terdapat bilik-bilik dilihat dari luar nampak di dalamnya dan dilihat dari dalam kelihatan luarnya.  Berkata sahabat : Untuk siapakah itu ya Rasulullah ? Lantas beliau menjawab : Ialah bagi orang yang baik percakapannya, bagi orang yang memberi makan makanan , bagi orang yang sentiasa berpuasa, bagi orang yang smbahyang di tengah malam sedang manusia dalam nyenyak tidur .  ( Al-Hadith )

17.        Semulia-mulia sedekah ialah sedekah pada bulan Ramadhan .  ( Al-Hadith )

18. Puasa itu perisai dan sedekah itu memadamkan kesalahan dosa sepertimana air memadamkan api            ( Al-Hadith )

19. Siapa memberi makan ( berbuka puasa ) kepada orang puasa maka baginya seumpama balasan pahala orang berpuasa dengan tidak kurang sedikit pun . ( Al-Hadith )

20. Sabda Nabi saw :

“ Tiada daripada seorang hamba yang berpuasa Ramadhan, diam tiada berkata-kata yang sia-sia dan daripada yang haram dan makruh dan sentiasa menyebut Allah ( berzikir Allah ) , menghalalkan yang dihalalkan Allah , mengharamkan akan yang diharamkan Allah , tiada mengerjakan kejahatan , melainkan sehingga berakhir Ramadhan , telah diampunkan baginya segala dosanya dan tiap tasbih, tiap tahlil dibinakan sebuah rumah yang terindah di dalam syurga daripada permata zamrud, di dalamnya daripada yaqut merah indah, di dalam rangka permata itu (yaqut) terdapat sebuah khemah, di dalamnya terdapat bidadari ( Huurul’ain – isteri syurga ), terhias dengan permata bercahaya indah yang menerangkan bumi sekaliannya .”                                                                                                                                                                                                                                                                                     ( Al-Hadith )

21. Sabda Nabi saw :

 “ Bahawasanya bagi Allah beberapa kejadianNya dijadikan mereka supaya menyampaikan segala hajat orang dan supaya orang meminta tolong kepadanya pada menyempurnakan segala hajat yang di perlukan. Mereka itulah orang yang aman daripada seksa Allah .”
  ( Rawahu Al-Thabrani- Al-Hadith )

22. Sabda Nabi saw :

  “ Bahawa pintu langit dan pintu syurga dibuka pada awal Ramadhan hingga akhir malam Ramadhan.  Tiap orang yang bersembahyang pada malamnya ditulis baginya tiap satu sujud, seribu tujuh ratus kebajikan, dibina rumah baginya tujuh puluh pintu daripada emas yang bertatah yaqut permata merah indah. Orang yang berpuasa pada awal Ramadhan diampunkan segala dosanya hingga ke akhir bulan Ramadhan, dibina baginya tiap-tiap hari sebuah mahligai di dalam syurga, mempunyai seribu daripada emas dan minta ampun baginya 70 ribu Malaikat dari pagi hingga tenggelam matahari .  ( Al-Hadith )

23. Sabda Nabi saw :

  “ Kelebihan hari jumaat pada bulan Ramadhan atas segala hari yang lain seperti kelebihan Ramadhan atas segala bulan.”   ( Al-Hadith )

24. Barangsiapa yang mengerjakan ibadat pada bulan Ramadhan dengan keimannya dan ikhlasnya kerana Allah , maka diampunkan segala dosanya yang telah lalu .

25. Sabda Nabi saw :

  “ Tidur orang yang berpuasa itu adalah ibadat dan nafsunya itu adalah tasbih, doanya itu mustajab , dosanya diampunkan Allah dan amal ibadatnya dilipatgandakan .”

26. Apabila berakhir bulan Ramadhan , menangis wali-wali Allah kerana berpisahnya bulan yang paling mulia yang digandakan ibadat berlipatganda daripada bulan-bulan yang lainnya.  Bulan Allah mudah menerima ampun taubat hamba-hambaNya, bulan yang banyak sekali diturunkan rahmat ke alam, bulan yang terdapat padanya malam Lailatulqadar, suatu rahmat dan rahsia yang dikurniakan kepada hamba-hambaNya yang solehin yang tidak terdapat pada bulan-bulan yang lain .  Mereka menangis kerana belum tentu akan dapat menemui bulan termulia ini pada tahun-tahun hadapan, kiranya dipanjangkan umur .

27. Apabila berakhir malam bulan Ramadhan, menangislah tujuh petala langit dan tujuh petala bumi dan segala Malaikat, kerana berlalu Ramadhan berlalulah kelebihannya, sebab musibah bagi umatKu dan duduk segala Malaikat bagi musibah, orang bertanya : Ya Rasulullah saw, apa itu musibah ? Jawab Rasulullah saw kerana segala doa padanya itu mustajab, sedekah makbul, segala kebajikan digandakan dan seksa kubur terangkat , maka apakah musibah yang terlebih besar daripada ini bagi umatKu.   ( Al-Hadith )

28. Malam Lailatulqadar adalah malam rahsia , yang turun padanya Malaikat Jibril dan beberapa Malaikat dengan perintah Allah .  Orang yang berjaga dengan malam ibadatnya untuk mendapatkan malam Lailatulqadar yang penuh rahsia itu yang tiada diketahui oleh manusia, hanya orang-orang solehin yang muqarrabin, orang yang berusaha mendapatkan malam mulia itu dengan berjaga malam pada sepuluh malam Ramadhan yang terakhir maka diampunkan Tuhan segala dosa-dosanya.  Diberi pahala dengan banyaknya, dirahmatkannya dengan penuh limpah kurnia dan orang-orang solehin yang dikurniakan Allah mendapat malam Lailatulqadar itu suatu keberuntungan kebahagiaan bagi akhirat , mendapat keampunan dan rahmat terbesar, mendapat pimpinan Allah dalam hayatnya, mendapat keredhaan Allah dalam hidupnya dunia dan akhirat .

29. Malam Aidilfitri, malam raya disunatkan kepada kita berjaga malam, beribadat, bertakbir “ Allahu Albar ” sepanjang malamnya, akan mendapat keampunan yang banyak , pahala yang besar, rahmat Allah tercurah kepadanya.  Siapa yang menghidupkan dua malam raya ( Aidilfitri dan Aidiladha ) dengan ibadatnya dan takbirnya, tiada dimatikan hatinya pada hari yang dimatikan segala hati .   ( Al-Hadith )

Apabila kamu berpuasa maka hendaklah berpuasa pendengaranmu, penglihatanmu, lidahmu daripada dusta dan dosa, dan tinggallah menyakiti khadam . Hendaklah kamu hormatinya dan bersikap tenang pada hari puasamu . Jangan kamu samakan hari puasa dengan hari tidak puasa .
( Al-Hadith )

Tuesday, June 28, 2011

5 Tips Menahan Marah


Al-Ghazali (1978) menjelaskan, perasaan marah dapat diatasi dengan ilmu pengetahuan iaitu:
1. Mengingati saranan-saranan Islam dalam keutamaan dan kelebihan bersifat positif seperti sopan santun, menghormati dan menahan marah berbanding sifat-sifat negatif seperti marah dan balas dendam.
2. Ingat balasan Tuhan tentang sifat marah.
3. Fikir tentang akibat yang akan berlaku daripada permusuhan dan impak membalas dendam.
4. Gambarkan betapa buruk rupa kita semasa marah, mungkin seperti singa yang mengganas.
5. Renungkan sebab kita tidak dapat mengawal diri daripada menahan marah.
Islam menyarankan dalam mengawal perasaan marah, Nabi Muhammad s.a.w berkata yang bermaksud; “Marah itu datangnya daripada syaitan, sedangkan syaitan itu dijadikan daripada api dan yang memadamkan api adalah air. Apabila marah salah seorang daripada kamu, hendaklah kamu mengambil wuduk.”
Satu amalan lain yang dapat meredakan emosi semasa marah ialah dengan membaca ta’awwudz atau “Aku berlindung kepada Tuhan daripada syaitan yang terkutuk”.
Selain itu, ganjaran bagi orang-orang yang dapat menahan kemarahan seperti mana digambarkan oleh Rasullullah s.a.w yang bermaksud:
“Sesiapa menahan kemarahannya dan dapat melaksanakannya, nescaya Allah s.w.t akan memanggilnya di hadapan manusia ramai dan menyuruhnya memilih diantara bidadari yang dikehendakinya.”
(Hadis riwayat Ibnu Abid-Dauya, Ahmad, Abu Daud dan At-Tarmizi)

Sunday, June 26, 2011

Aku XMungkin Menyintai Mu!!

salam...
rehan ada menerima emel dri seorang kwan ni.. yg bertajuk Surat Dari iblis..
erm mula2 rehan ingtkn ape...rehan baca la...ada betul jgk ape yg diperkatakan tu..
lau korang nk tau ape...sila lah baca ye...
sebenar nye nk forward kt kwn yg lain...tp xsempat la..
so rehan share la kt sini...jom kita pakat2 baca yer... :)

Ayat kat bawah sekali tu yang buat x sanggup nak simpan tanpa share tu. 


( Surat Dari Iblis)

( Surat ini akan membuat anda benar-benar berfikir) 

(Sebenarnya surat ini hampir membuatku gila saat aku membacanya, tapi 
aku harus forwardnya kerna catatan kecil dibawahnya) 

************ ********* ********* ********* *
SURAT DARI SETAN UNTUK MU

Aku melihatmu kemarin, saat engkau memulai aktiviti harianmu.

Kau bangun tanpa sujud mengerjakan subuhmu

Bahkan kemudian, kau juga tidak mengucapkan "Bismillah" sebelum memulai santapanmu, juga tidak sempat mengerjakan shalat Isha sebelum berangkat ketempat tidurmu

Kau benar2 orang yang bersyukur, Aku menyukainya

Aku tak dapat mengungkapkan betapa senangnya aku melihatmu tidak merubah cara hidupmu.

Hai Bodoh, Kamu millikku.

Ingat, kau dan aku sudah bertahun-tahun bersama,

dan aku masih belum bisa benar2 mencintaimu .

Malah aku masih membencimu, karena aku benci Allah.

Aku hanya menggunakanmu untuk membalas dendamku kepada Allah.

Dia sudah mencampakkan aku dari surga, dan aku akan tetap memanfaatkanmu sepanjang masa untuk mebalaskannya

Kau lihat, ALLAH MENYAYANGIMU dan dia masih memiliki rencana-rencana untukmu dihari depan.

Tapi kau sudah menyerahkan hidupmu padaku,

dan aku akan membuat kehidupanmu seperti neraka.

Sehingga kita bisa bersama dua kali dan ini akan menyakiti hati ALLAH

Aku benar-benar berterimakasih padamu, karena aku sudah menunjukkan kepada NYA siapa yang menjadi pengatur dalam hidupmu dalam masa2 yang kita jalani

Kita nonton film 'porno' bersama, memaki orang, mencuri, berbohong, munafik, makan sekenyang-kenyangya , bergosip, manghakimi orang, menghujam orang dari belakang, tidak hormat pada orang tua ,

Tidak menghargai Masjid, berperilaku buruk.

TENTUNYA kau tak ingin meninggalkan ini begitu saja.

Ayuhlah, Hai Bodoh, kita terbakar bersama, selamanya.

Aku masih memiliki rencana2 hangat untuk kita.

Ini hanya merupakansurat penghargaanku untuk mu.

Aku ingin mengucapkan 'TERIMAKASIH' kerana sudah mengizinkanku 
memanfaatkan hampir semua masa hidupmu. 

Kamu memang sangat mudah dibodohi, aku menertawakanmu. 

Saat kau tergoda berbuat dosa kamu menghadiahkan tawa. 

Dosa sudah mulai mewarnai hidupmu.

Kamu sudah 20 tahun lebih tua, dan sekarang aku perlu darah muda.

Jadi, pergi dan lanjutkanlah mengajarkan orang-orang muda bagaimana berbuat dosa.

Yang perlu kau lakukan adalah merokok, mabuk-mabukan, berbohong, berjudi, bergosip, dan hiduplah se-egois mungkin.

Lakukan semua ini didepan anak-anak dan mereka akan menirunya.

Begitulah anak-anak .

Baiklah, aku persilakan kau bergerak sekarang.

Aku akan kembali beberapa detik lagi untuk menggoda mu lagi.

Jika kau cukup cerdas, kau akan lari sembunyi, dan bertaubat atas dosa-dosamu.

Dan hidup untuk Allah dengan sisa umurmu yang tinggal sedikit. 

Memperingati orang bukan tabiatku, tapi diusiamu sekarang dan tetap melakukan dosa, sepertinya memang agak aneh. 

Jangan salah sangka, aku masih tetap membencimu.
Hanya saja kau harus menjadi orng tolol yang lebih baik dimata ALLAH.


Catatan : Jika kau benar2 menyayangiku , kau tak akan memberi surat ini dengan siapapun. 

Sunday, June 19, 2011

Kelebihan Senyum

Senyum mungkin bagi kita adalah hal yang sederhana dan mudah, cukup menarik sudut bibir ke arah samping dan menampakkan gigi. Namun tidak sesederhana itu, kadang tersenyum saat-saat tertentu sangatlah sulit. Terlebih jika kita tidak “mood” untuk tersenyum.Senyum mempunyai hubungan erat dengan karakter seseorang, karena tidak sedikit ditemukan sifat individu yang “murah senyum”. Senyum banyak dikaitkan dengan perasaan hati, kondisi jiwa dan mood. Senyum dapat mempengaruhi kesehatan, tingkat stres dan daya tarik kita. Senyum juga dipercaya sebagai salah satu jalan jika ingin awet muda. Senyum diketahui mempunyai manfaat untuk kesehatan, di antaranya yaitu :
  1. Senyum membuat kita lebih menarik. Kita akan selalu tertarik pada orang yang selalu tersenyum. Orang yang selalu tersenyum punya daya tarik tersendiri. Wajah yang berkerut, cemberut, membuat orang menjauh dari kita , tetapi sebaliknya senyum bisa membuat mereka tertarik.
  2. Senyum mengubah mood kita. Ketika kita merasa jatuh atau “down” cobalah untuk tersenyum. Mungkin saja mood kita akan berubah menjadi lebih baik.
  3. Senyum dapat merangsang orang lain tersenyum. Ketika seseorang tersenyum maka senyum tersebut akan membuat suasana menjadi lebih cerah, mengubah mood orang lain yang ada disekitarnya dan membuat semua orang menjadi senang. Orang yang suka tersenyum membawa kebahagiaan buat orang yang ada di sekitarnya. Seringlah tersenyum maka anda akan disukai oleh banyak orang.
  4. Senyum dapat mengurangi stres. Stres secara nyata dapat muncul di wajah anda. Senyum membantu mencegah kesan bahwa kita sebenarnya sedang lelah atau merasa “down”. Jika anda sedang stres cobalah untuk tersenyum, maka stres anda akan berkurang dan anda akan merasa lebih baik untuk membuat langkah selanjutnya.
  5. Senyum meningkatkan sistem imun (kekebalan) tubuh anda. Senyum dapat membantu kerja imun tubuh agar dapat bekerja dengan baik. Ketika anda tersenyum, fungsi imun meningkatkan kemungkinan anda menjadi lebih rileks.
  6. Senyum menurunkan tekanan darah anda. Ketika anda tersenyum, maka tekanan darah anda akan menurun. Jika anda tak percaya, anda boleh mencobanya sendiri, jika anda memiliki alat pengukur tekanan darah di rumah anda.
  7. Senyum mengeluarkan endorphins (pereda rasa sakit secara alami) dan serotonin. Beberapa studi telah menunjukkan bahwa senyum dapat merangsang pengeluaran endorphin, pereda rasa sakit yang alami, serta serotonin. Senyum memang obat yang alami.
  8. Senyum dapat melenturkan kulit wajah dan membuat anda terlihat lebih muda. Otot-otot yang digunakan untuk tersenyum ikut membuat anda terlihat lebih muda. Jika anda ingin sesuatu yang beda, maka berikan senyum anda sepanjang hari, maka anda akan terlihat lebih muda dan merasa lebih baik.
  9. Senyum membuat anda tampak sukses. Orang yang tersenyum terlihat lebih percaya diri dalam menjalani hidupnya. Cobalah tersenyum saat anda melakukan pertemuan dan saat ada janji. Rekan-rekan kerja, sahabat, orang-orang terdekat anda akan merasakan sesuatu yang berbeda.
  10. Senyum membuat anda tetap positif. Senyumlah! Lalu sekarang cobalah berpikir sesuatu yang negatif tanpa berhenti tersenyum. Sulitkan? Karena ketika anda tersenyum maka senyum tersebut akan mengirimkan sinyal ke tubuh anda bahwa “hidup anda saat ini baik-baik saja”.
Maka jauhkan diri anda dari depresi, stres dan rasa khawatir dengan satu kata yaitu “senyum”, tentu saja dengan memberikan senyum pada tempat dan suasana yang tepat. Jika berlebihan, maka orang lain akan menganggap anda kurang waras. Satu hal lagi kerana dengan tersenyum anda mendapatkan satu nilai shadaqah.Sudahkan anda tersenyum hari ini?

Saturday, June 18, 2011

Apa itu E.Coli?

Wabak E.coli kini dikesan di 12 negara dan semakin berbahaya kerana boleh berjangkit antara manusia. Pendedahan itu dibuat oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) selepas bakteria itu dikesan di Amerika Syarikat, Republik Czech, Perancis, Jerman, Austria, Denmark, Belanda, Sepanyol, Sweden, Norway, Switzerland dan Britain. Lebih 1,700 kes jangkitan dilaporkan di seluruh dunia sejak kes pertama dilaporkan di Jerman dengan 18 maut setakat ini.

WHO menyatakan, bakteria penyebar wabak itu adalah baru dan lebih mudah berjangkit selain tahan antibiotik dan mempunyai tempoh inkubasi selama lapan hari yang bermakna jangkitan belum sampai kemuncaknya. Pakar masih tidak pasti sumber jangkitan meskipun menolak teori awal bahawa ia daripada timun Sepanyol. Kebimbangan meningkat hingga Russia mengharamkan import semua sayur-sayuran Eropah.
Sementara itu, saintis yang menyiasat jangkitan mendapati bakteria itu membawa toksin biasa yang beracun dan boleh melekat pada usus pesakit. Mereka mengakui E.coli jenis terbaru ini paling beracun terhadap manusia. Kebanyakan Escherichia coli, atau bakteria E.coli, tidak berbahaya.
Bakteria yang menyebabkan penduduk Eropah jatuh sakit dikenali sebagai 0104:H4, yang menghasilkan toksin Shiga atau STEC. Antara petanda jangkitan ialah cirit birit dan muntah. Dalam kes memudaratkan, ia menyebabkan sindrom uremik hemolitik (HUS) iaitu serangan terhadap buah pinggang hingga menyebabkan koma, sawan dan angin ahmar.
“Jerman kini melaporkan 470 kes HUS. Ini amat luar biasa,” kata Dr Robert Tauxe, pakar penyakit bawaan makanan di Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Amerika Syarikat (CDC).
CDC bekerjasama dengan pihak berkuasa kesihatan Jerman dalam kes itu sejak lewat minggu lalu.

Fakta Penting Mengenai Bakteria E.Coli:

  • -Nama penuh Bakteria E.Coli ialah Escherichia coli. 
  • Cara sebutan E.Coli ialah e-ko-lai (sebutan dalam Bahasa Melayu). 
  • E.Coli adalah bakteria yang boleh masuk ke makanan, seperti daging lembu dan sayur-sayuran.
  •  Bakteria E.Coli boleh hidup didalam usus dan akan menyebabkan jangkitan yang sangat serius dan juga boleh
  • menyebabkan severe cramps dan diarrhea hingga boleh membawa maut.

Punca Bakteria E.Coli berjangkit:
  • Minum susu tidak dipasteurisasi (susu mentah tanpa proses).
  • Makan daging lembu matang (di dalam adalah merah muda). 
  • Minuman tercemar (air minuman tercemar). 
  • Makan makanan mentah (daging) atau tercemar. 
  • Bekerja dengan ternakan seperti lembu atau kambing. 
  • Memakan buah tomato mentah, timun dan salad yang diimport dari Jerman.

Tanda-tanda Dijangkiti Bakteria E.Coli:
  • Rasa mual-mual dan muntah-muntah. 
  • Demam. 
  • Dada menjadi sakit. 
  • Abdominal cramps yang teruk yang terjadi secara tiba-tiba. 
  • Lelah. 
  • Najis berdarah kerana berlaku luka diusus.

You might also like:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...