Followers

Saturday, June 18, 2011

Apa itu E.Coli?

Wabak E.coli kini dikesan di 12 negara dan semakin berbahaya kerana boleh berjangkit antara manusia. Pendedahan itu dibuat oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) selepas bakteria itu dikesan di Amerika Syarikat, Republik Czech, Perancis, Jerman, Austria, Denmark, Belanda, Sepanyol, Sweden, Norway, Switzerland dan Britain. Lebih 1,700 kes jangkitan dilaporkan di seluruh dunia sejak kes pertama dilaporkan di Jerman dengan 18 maut setakat ini.

WHO menyatakan, bakteria penyebar wabak itu adalah baru dan lebih mudah berjangkit selain tahan antibiotik dan mempunyai tempoh inkubasi selama lapan hari yang bermakna jangkitan belum sampai kemuncaknya. Pakar masih tidak pasti sumber jangkitan meskipun menolak teori awal bahawa ia daripada timun Sepanyol. Kebimbangan meningkat hingga Russia mengharamkan import semua sayur-sayuran Eropah.
Sementara itu, saintis yang menyiasat jangkitan mendapati bakteria itu membawa toksin biasa yang beracun dan boleh melekat pada usus pesakit. Mereka mengakui E.coli jenis terbaru ini paling beracun terhadap manusia. Kebanyakan Escherichia coli, atau bakteria E.coli, tidak berbahaya.
Bakteria yang menyebabkan penduduk Eropah jatuh sakit dikenali sebagai 0104:H4, yang menghasilkan toksin Shiga atau STEC. Antara petanda jangkitan ialah cirit birit dan muntah. Dalam kes memudaratkan, ia menyebabkan sindrom uremik hemolitik (HUS) iaitu serangan terhadap buah pinggang hingga menyebabkan koma, sawan dan angin ahmar.
“Jerman kini melaporkan 470 kes HUS. Ini amat luar biasa,” kata Dr Robert Tauxe, pakar penyakit bawaan makanan di Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Amerika Syarikat (CDC).
CDC bekerjasama dengan pihak berkuasa kesihatan Jerman dalam kes itu sejak lewat minggu lalu.

Fakta Penting Mengenai Bakteria E.Coli:

  • -Nama penuh Bakteria E.Coli ialah Escherichia coli. 
  • Cara sebutan E.Coli ialah e-ko-lai (sebutan dalam Bahasa Melayu). 
  • E.Coli adalah bakteria yang boleh masuk ke makanan, seperti daging lembu dan sayur-sayuran.
  •  Bakteria E.Coli boleh hidup didalam usus dan akan menyebabkan jangkitan yang sangat serius dan juga boleh
  • menyebabkan severe cramps dan diarrhea hingga boleh membawa maut.

Punca Bakteria E.Coli berjangkit:
  • Minum susu tidak dipasteurisasi (susu mentah tanpa proses).
  • Makan daging lembu matang (di dalam adalah merah muda). 
  • Minuman tercemar (air minuman tercemar). 
  • Makan makanan mentah (daging) atau tercemar. 
  • Bekerja dengan ternakan seperti lembu atau kambing. 
  • Memakan buah tomato mentah, timun dan salad yang diimport dari Jerman.

Tanda-tanda Dijangkiti Bakteria E.Coli:
  • Rasa mual-mual dan muntah-muntah. 
  • Demam. 
  • Dada menjadi sakit. 
  • Abdominal cramps yang teruk yang terjadi secara tiba-tiba. 
  • Lelah. 
  • Najis berdarah kerana berlaku luka diusus.

2 comments:

ZWAN SABRI said...

diharapkan semoga Malaysia bebaslah drpd penyakit nii.. HUHU

MySuaraBlog: Fakta Hari Bapa

shahrihan said...

btul tu zwan...mintak2 jauh la..
thanks 4 ur komen.. :)

You might also like:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...