1. Pasang niat dan berdoa untuk menjadi suami terbaik. Tanpa berniat dan  berdoa anda tidak mungkin jadi suami yang cemerlang. Ramai suami  terlupa.
2. Bersyukur kerana mempunyai pasangan hidup. Yakinlah  bahawa isteri anda adalah pasangan terbaik yang Tuhan tentukan untuk  anda. Ketentuan Tuhan adalah yang terbaik.
3. Suami mithali  menjadi kebanggaan isteri. Pastikan anda membentuk sifat positif dan  istimewa. Cuba tanya diri apakah sifat atau amalan yang boleh  dibanggakan oleh isteri anda.
4. Setiap hari pulang dengan  senyum dan bersemangat. Apabila suami tersenyum, isteri dan anak-anak  akan bahagia dan rahmat Tuhan akan turun. Senyumlah apabila sampai ke  rumah. 
5. Pastikan anda ada masa untuk berbual dengan isteri  setiap hari. Semua isteri bahagia apabila dapat berbual dengan suami.  Berapa minit yang anda luangkan unutk berbual dengan isteri setiap hari ?
6.  Telefon isteri ataupun hantar SMS sekadar untuk menyatakan yang anda  sayang ataupun rindu pada isteri. Isteri anda akan berasa seronok dan  bahagia apabila mendapat panggilan ataupun mesej tersebut.
7.  Hiburkan hati isteri anda dengan bercerita, buat lawak atau gurauan yang  mesra. Setiap gurauan mengubat hati isteri dan mengeratkan hubungan  suami isteri.
8. Pastikan anda bergurau senda dengan isteri di  dalam kenderaan semasa dalam perjalanan ke tempat kerja ataupun ke mana  sahaja. Ramai suami membazir masa dengan membisu semasa di dalam  kenderaan.
9. Amalkan makan bersama setiap hari. Berbual mesra  dan nasihat menasihati semasa makan. Amalan ini akan menarik hidayat  Tuhan dan mengeratkan hubungan. Elakan berbual perkara yang melalaikan  semasa makan.
10. Ajak isteri mandi bersama sekali sekala.  Bergurau senda semasa mandi bersama adalah sunah yang dapat mengeratkan  hubungan suami isteri.
Klik baca lagi untuk selebihnye.. 
11.  Bantu isteri melakukan kerja rumah. Ini adalah sunah yang dapat  meringankan beban isteri, mengeratkan kasih sayang dan menbahagiakan  pasangan anda.
12. Amalkan mesyuarat keluarga sekerap yang  mungkin. Amalan bermesyuarat menarik hidayat Tuhan,mengeratkan hubungan  dan menyelesaikan banyak masalah.
13. Pastikan penampilan anda  anggun, kemas, bersih, wangi, sihat dan ceria. Ramai suami inginkan  isteri yang mengancam, tetapi mengabaikan Penampilan diri sendiri. Mana  adil ?
14. Didik isteri dengan memberi nasihat dan perigatan  secara hikmah. Jadikan tindakan dan amalan anda sebagai contoh teladan  yang cemerlang. Elakkan cakap tak serupa bikin.
15. Berikan  nafkah kepada isteri mengikut keperluan keluarga dan kemampuan suami.  Ramai suami mengabaikan nafkah kerana isteri bekerja. Ramai suami yang  kedekut dan berkira. Ini menyebabkan isteri derita dan rumah tangga  terancam.
16. Jadikan penawar hati kepada isteri. Ambil berat  keperluan dan kemahuan dan peka kepada emosi dan situasi isteri. Isteri  yang bahagia membentuk keluarga sejahtera
17. Sentiasa taat kepada semua perintah Tuhan dan memastikan keluarga juga patuh kepada Tuhan.
18.  Suami mithali sentiasa menyimpan rahsia isteri. Ramai suami secara  sengaja ataupun tidak sengaja menceritakan keburukan isteri kepada orang  lain. Ini wajib dihentikan.
19. Muliakan keluarga isteri  seperti keluarga sendiri. Ada suami yang menbeza-bezakan antara  keluarganya dan keluarga isteri. Ada suami yang memusuhi keluarga  isteri. Anda bagaimana ?
20. Bentuk sifat cemburu yang positif.  Cemburu tanda beriman, sayang dan endah. Suami yang tidak cemburu adalah  dayus. Isteri amat suka apabila suaminya ada sifat cemburu. Dia rasa  dihargai.
21. Jadilah suami yang pemaaf. Syurga isteri di bawah  tapak kaki suami. Maafkanlah isteri setiap malam sebelum tidur supaya  rumah tangga bahagia dan isteri mudah masuk syurga.
22. Tegur  kesilapan isteri dengan hikmah dan kasih sayang. Isteri merajuk bukan  sebab ditegur, tetapi cara ditegur yang kasar. Apabila suami kasar,  isteri jadi takut, bingung, hiba dan memberontak.
23. Gunakan  Nabi Muhammad sebagai model. Hidupkan amalan sunah dalam rumah tangga.  Sebut nama rasul apabila mendidik dan menasihati keluarga bagi mendapat  hikmah.
24. Mendahulukan keperluan isteri daripada orang lain.  Ini adalah tertib memberi khidmat. Ramai suami yang melebihkan orang  lain daripada isterinya. Elakan kesilapan ini.
25. Suruh isteri dirikan sembahyang dan ibadah lain. Apabila berjauhan, telefon ataupun SMS bagi mengingatkan sembahyang.
Wasiatkan isteri untuk sembahyang fardu dan sunat. Buat pesanan ini sehingga suami meninggal dunia.
26.  Cintai isteri sepenuh hati. Cintai tanpa syarat, bertambah mengikut  usia, penuh kemaafan, memberi tenaga,tidak pernah sensara serta  berteraskan iman dan takwa.
27. Sentiasa berubah secara positif.  Sebelum cuba ubah isteri dan keluarga, ubah diri dulu. Apabila suami  berubah, keluarga akan turut berubah. Apabila suami cemerlang, isteri  akan gemilang.
28. Pamer keprihatian yang tinggi terhadap  keluarga. Ramai suami tidak ambil kisah dengan keluarga mereka.Cuba  tanya apa lagi khidmat tambahan yang patut berikan kepada keluarga.
29.  Pamer kematangan yang tinggi. Orang yang matang tenang, sabar, waras,  bijaksana, dapat membuat keputusan dan cekap menyelesaikan masalah.
 

 
 

No comments:
Post a Comment