Perbalahan sentiasa berlaku.Tidak semua di antara kita sebagai manusia  akan bersetuju dengan pendapat orang lain setiap masa.Orang lain juga  pun takkan sentiasa setuju dengan pendapat kita.Namun demikian,dalam  percintaan/perhubungan,perbalahan boleh menjadi terlalu mengikut  emosi,sampai ke tahap boleh melukakan hati pasangan.
1)  Jangan Bersyarah
Dalam perhubungan yang  matang,anda mesti menghormati pasangan anda dan juga diri sendiri  sebagai orang dewasa.Bila anda mula bersyarah dengan panjang lebar  kepada seseorang itu tentang kesalahannya ,ini boleh mencetuskan  perasaan yang amat tidak selesa dalam dirinya.Satu ‘kuasa’ memberontak  dan tidak puas hati terhadap anda boleh wujud hasil dari sikap  tersebut.Oleh itu,selain dari bersikap “anda adalah betul” dalam situasi  seperti ini,adalah lebih baik anda bercakap tentang bagaimana cara  untuk membetulkan kesilapan yang telah berlaku.Fokus anda mesti kepada  bagaimana untuk menyelesaikan masalah yang timbul dan juga supaya  perkara itu tidak berulang lagi. 
2) Jangan Balas Dendam
Selalunya,bila  hati seseorang itu benar-benar disakiti oleh pasangannya,dia juga akan  bertindakbalas untuk menyakiti hati pasangannya semula.Biar pasangannya  rasa bersalah dan rasa apa yang dia rasa.Kononnya supaya pasangannya  “sedar” bahawa kesalahan telah dilakukan.Pada masa itu,tindakan macam ni  seolah-olah idea yang bagus,sebenarnya akan memalapkan lagi  perhubungan.Jangan bertindak begitu.Bila anda salahkan pasangan anda  tentang sesuatu perkara dan cuba buat dia rasa bersalah,anda mengatakan  bahawa anda Betul dan dia Salah-hukuman telah dijatuhkan,susah nak  selesaikan pergaduhan anda!
3) Jangan Tinggikan Suara
Bila  emosi dan kemarahan menguasai diri,adalah sukar untuk mengawal suara  lebih-lebih lagi bila pasangan anda sendiri meninggikan suara kepada  anda.Walau apa pun,anda mesti ingat,merendahkan nada suara dan bercakap  dengan tenang dan tidak menengking amat penting bila berbincang dalam  sesuatu konflik.Suasana tenang membolehkan anda dan pasangan mendengar  dengan lebih baik apa yang diperkatakan terhadap satu sama lain.Konflik  dapat diselesaikan dengan lebih cepat dan tidak merebak dengan lebih  teruk dan merosakkan. 
4) Elakkan Terlalu Peribadi dan  Sensitif
Masa situasi konflik tengah  hangat,janganlah terlalu sangat “terasa”,jangan terlalu sensitif atau  “take it too personal”.Keadaan yang tengah “panas” boleh buat anda  terlepas cakap.Oleh itu pastikan anda tidak terlalu sensitif atas segala  yang sedang diperkatakan kerana selalunya emosi lebih menguasai keadaan  pada waktu ini.Oleh itu,kadangkala ada waktunya perkara betul yang  pasangan anda katakan boleh menjadi perkara yang amat sensitif bagi anda  dan anda pula boleh terlepas cakap atau sengaja “melepas” cakap tanpa  berfikir panjang.
5) Jangan Timbulkan Perkara-perkara  Kecil 
Bila tengah bergaduh tu,jangan timbulkan  perkara-perkara kecil yang langsung tak membantu selesaikan  masalah.Perkara-perkara kecil yang dalam 2-3 hari akan datang tu dah  boleh lupa contohnya la,tak perlulah diungkit.Fikir sebelum timbulkan  benda-benda kecil macam ni sebab ia takkan membantu,membakar semangat  marah dan terukkan lagi keadaan tu adalah.Benda-benda kecil ni termasuk  la juga perkara yang dah lama terjadi dah…3-4 bulan lepas contohnya-jadi  tumpu hanya pada isu yang sedang berlaku.
6) Mendengar  Dengan Teliti
Walaupun susah nak dibuat,anda  perlu jadi pendengar yang baik dan teliti.Pasangan anda mungkin dengan  jelasnya beritahu apa yang anda berdua perlu untuk selesaikan masalah  tapi disebabkan anda tak ambil perhatian,tak dengar dengan baik dan  teliti,bukan saja cadangan dia anda tak ambil kira,malah anda pula bagi  penyelesaian yang takde kena-mengena dan merumitkan keadaan.
7)  Fokus Satu Isu Pada Satu Masa
Seperti biasa  yang anda mungkin dah banyak kali dengar…fokus!Perkara terbaik yang anda  boleh buat ialah kenal pasti apa punca sebenar masalah dalam  perhubungan anda sekarang dan cari penyelesaian untuk isu itu  sahaja.Bila anda mula bercakap tentang banyak perkara,macam-macam isu,  anda mengelirukan keadaan.Selesaikan satu persatu dan bergerak ke punca  isu yang lain bila isu pertama selesai.Tentu sekali anda ingin tau apa  cerita sebenar yang jadi punca mengeruhkan hubungan anda supaya masalah  dapat selesai dengan cepat,jadi pastikan anda fokus!
8)  Jangan Serang!
Biasalah,dah terlalu marah  sangat,anda pun “naik angin”…bila perkara macam ni berlaku,biasanya anda  boleh menyerang peribadi pasangan anda.Sebelum perkara macam ni  berlaku,fikir dan sedar bahawa ia TAKKAN membantu malah memburukkan  keadaan.Anda ingin selesaikan masalah,bukan nak serang pasangan anda.
9)  Mesti Hormat
Perbalahan/pertelingkahan dalam  perhubungan boleh menjadikan sesuatu perhubungan itu lebih matang dan  lebih rapat malah lebih indah setelah konflik dan isu berakhir dengan  baik.Nak jadi macam ni,anda perlu faham perbalahan perlu di lihat dalam  konteks “learning experience” atau proses belajar selain melihatnya dari  satu sudut saja.Beri perhatian,sabar,tenang,buat “eye contact”,tanya  soalan yang relevan dan diperlukan dalam masa yang sesuai.Ini adalah  antara cara utama untuk menunjukkan sikap hormat kepada pasangan  anda.Bersama,dengan sikap seperti ini anda berdua PASTI boleh  menyelesaikan segala masalah yang melanda.
10)  Jangan  Tinggalkan
Satu lagi perkara yang sukar dibuat  bila bergaduh ialah berada tetap dalam tempoh konflik itu sedang  berlaku,dari mula sampai selesai.Ramai orang bila dah tak tahan,marah  sangat,terus tinggalkan pasangan,bermaksud terus keluar dari “medan”  konflik atau pertelingkahan sekaligus membiarkan situasi “tergantung”  macam tu je.Pasangan pun dia tinggalkan sorang.Okay,walaupun rasa tak  boleh tahan sangat,marah ke,“tension” ke,jangan angkat kaki,tinggalkan  konflik dan pasangan macam tu je.Bagi tau dia anda perlukan masa sekejap  untuk tenangkan fikiran sebentar,mungkin anda pergi duduk tempat lain  kejap ke…kemudian pastikan anda datang semula.Ini secara tidak langsung  menunjukkan anda seorang yang berkaliber dan dapat mengurus emosi dengan  baik tak kiralah anda lelaki atau wanita.
 

 
 

No comments:
Post a Comment