Followers

Tuesday, June 28, 2011

5 Tips Menahan Marah


Al-Ghazali (1978) menjelaskan, perasaan marah dapat diatasi dengan ilmu pengetahuan iaitu:
1. Mengingati saranan-saranan Islam dalam keutamaan dan kelebihan bersifat positif seperti sopan santun, menghormati dan menahan marah berbanding sifat-sifat negatif seperti marah dan balas dendam.
2. Ingat balasan Tuhan tentang sifat marah.
3. Fikir tentang akibat yang akan berlaku daripada permusuhan dan impak membalas dendam.
4. Gambarkan betapa buruk rupa kita semasa marah, mungkin seperti singa yang mengganas.
5. Renungkan sebab kita tidak dapat mengawal diri daripada menahan marah.
Islam menyarankan dalam mengawal perasaan marah, Nabi Muhammad s.a.w berkata yang bermaksud; “Marah itu datangnya daripada syaitan, sedangkan syaitan itu dijadikan daripada api dan yang memadamkan api adalah air. Apabila marah salah seorang daripada kamu, hendaklah kamu mengambil wuduk.”
Satu amalan lain yang dapat meredakan emosi semasa marah ialah dengan membaca ta’awwudz atau “Aku berlindung kepada Tuhan daripada syaitan yang terkutuk”.
Selain itu, ganjaran bagi orang-orang yang dapat menahan kemarahan seperti mana digambarkan oleh Rasullullah s.a.w yang bermaksud:
“Sesiapa menahan kemarahannya dan dapat melaksanakannya, nescaya Allah s.w.t akan memanggilnya di hadapan manusia ramai dan menyuruhnya memilih diantara bidadari yang dikehendakinya.”
(Hadis riwayat Ibnu Abid-Dauya, Ahmad, Abu Daud dan At-Tarmizi)

8 comments:

sue perbs.. said...

betul2.. kena kawal marah.. jngn dok emo tk menentu..

Raji and Yeen said...

org yg hebat ialah org yg dapat menahan kemarahan ;D

stuck said...

perkongsian ilmu yg menarik..=)

Adam Idris said...

satu yg famous ialah kalau tengah marah tu berdiri, pergi duduk
kalau tak jugak lagi, pergi baring

shahrihan said...

betul tu adam....lau xleh jgk..mandi...mesti redha punya...
hehe.. :)

Mohd Hazwan said...

orang suka marah cepat tua hehehe..kena selalu cool je baru awet muda

Biar Tinggi di Langit said...

saalam kenal dr gadis butterfly... athanks tok tips2 tue yaa.. ceria2 selalu... :)

Unknown said...

good info

You might also like:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...