Saat-saat pasangannya menanggung kesakitan yang cedera akibat kemalangan ketika terbang rendah di jalanan. Ia amat gelisah dan cuba memberi pertolongan.
Ketika ini juga ia sempat membawa makanan kepada pasangannya dengan perasaan cinta dan kasih sayang.
Ia membawa makanan lagi, namun pasanganya telah pun pergi meninggalkannya dan ia cuma mampu mengdakapinya.
Ia mencuba lagi menggerakkannya, namun takdir Ilahi pasangannya tetap pergi dan ia mampu menangis dengan alunan suara cintanya
Menyedari pasangannya telah pergi untuk selama-lamanya dan tidak kembali lagi, ia hanya mampu meratapinya.
Akhirnya ia sedar, yang pergi tak akan kembali lagi, ia ingin dekat dengan pasangannya berada di sisinya seolah-olah tidak merelakannya pergi.
Foto yang menyentuh perasaan ini begitu popular di Amerika dan Eropah. Jurukamera mengaut keuntungan dengan menjual kepada surat khabar terkenal Perancis dan akhbar terbabit habis terjual kerana foto-foto ini. Hargailah kejadian-Nya.
"Kadang-kadang binatang berperangai seperti manusia, tetapi manusia selalu berperangai seperti binatang"...
"Kadang-kadang binatang berperangai seperti manusia, tetapi manusia selalu berperangai seperti binatang"...
No comments:
Post a Comment