Followers

Sunday, February 27, 2011

12 tip tangani stres

salam....
haa..ari ni sy terbaca akhbar transisi..
sy tertarik ngn tip tangani stres..so sy nk kongsi tip ni ngn kawan2..

1. urus masa dwngan berkesan
urusan atau rutin harian memerlukan perangcangan. pastikan anda ada masa untuk diri sendiri dan masa melakukan aktiviti yg dpt mengurangkan tekanan. lakukan aktiviti paling penting terlebih dulu.

2.Elak dadah atau alkohol
dadah atau alkohol hanya sekadar menghilangkan simptom tekanan dan apabila berhenti mengambilnya, stress pasti akan kembali.

3. Rehat
ketika melakukan sesuatu kerja pastikan anda berhenti rehat seketika untuk meminimumkan tekanan. lakukan regangan, bejalan atau buat panggilan kepada rakan. apabila kembali menyambung kerja, pastikan anda kerja dengan lebih efektif.

4.kurangkan gangguan
ketika melakukan kerja penting, pastikan anda tidak diganggu. contohnya matikan bunyi telefon, tutup pintu bilik atau pergi ke suatu tempat yang orang lain tidak dapat mencari anda.

5.makan makanan menyihatkan
elakkan makanan yang tiggi lemak,gula dan sodium. sekiranya bercadang untuk keluar sepanjang hari, pastikan anda mengambil makanan menyihatkan. jika tidak ia akan menyebabkan tahap tenaga menjadi rendah.

6.lakukan meditasi
ia senaman yang bagus dan menyihatkan. ini termasuklah bernafas dalam-dalam yang dapat meningkatkan kerehatan pada otot tubuh anda. jangan lupa membayangkan suasana yang mampu menenangkan fikiran.

7.Berfikiran positif dan belajar kawal ketakutan
elak menumpukan kepada perkara atau fikiran negatif. Sebaliknya, fokus dan katakan sesuatu yang positif mengenai diri anda setiap hari. jangan buang masa dengan rasa bimbang mengenai sesuatu perkara yang tidak dapat ditukar atau dicapai.

8.Dapatkan nasihat
ada banyak sumber yang dapat membantu anda menyelesaikan stres. jadi, ambil peluang untuk bertemu atau mendengar nasihat pakar motivasi atau kaunselor.

9.Belajar katakan 'TIDAK'
jangan sesekali rasa bersalah untuk mengatakan tidak. melakuakn dan menambah projek atau kerja lain ketika sibuk akan menyebabkan anda bertambah tertekan. berbincanglah dengan penyelia anda jika menghadapi masalah berkaitan kerja.

10. tidur yang cukup
tidurlah sekurang-kurangnya 6-8 jam sehari. tetapi, seseorang akan mengalami masalah tidur apabila mereka terlalu stres dengan memikir dan menyiapkan kerja yang bertimbun.

11.Bersenam
Aktiviti fizikal adalah cara terbaik menangani stres. ia merembeskan endorfin dan memberikan kesegaran secara semula jadi.

12.Tarik nafas dalam-dalam
teknik pengurusan tekanan paling mudah dan boleh dilakukan di mana-mana. bernafas dengan cepat akan meningkatkan tindak balas tekanan. bernafaslah dalam-dalam dan perlahan.

selamat mencuba dan amalkan ya..daaadaaa

No comments:

You might also like:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...