Followers

Tuesday, July 20, 2010

pengajaran seharian-hikmah israk mikraj

      ISRAK Mikraj membawa erti besar kepada umat islam kerana perintah wajib solat 5 waktu kepada manusia bermula dari peristiwa tersebut dan disampaikan terus Allah kepada kekasihnya, Rasulullah tanpa perantaraan Jibril di Sidratul Muntaha.

       Kita patut bersyukur dapat berdialog sendiri dengan Allah SWT dalam solat dan memohon apa saja dihajati terus kepada-Nya. kita perlu merenung seketika untuk memperbetulkan kembali hubungan kita dengan Allah, bukan hanya ketika kesempitan dan susah saja, tetapi juga semasa senang. caranya ialah sentiasa taat kepada perintah-Nya dan menjauhi segala larangan-Nya.

       Pelbagai pengajaran boleh diambil daripada peristiwa ini untuk digunakan dalam kehidupan seharian kita seperti:
1. mengingati Allah dalam keadaan ditimpa musibah ataupun ketika mendapat kesenangan. memberi pertolongan, menghilangkan kesedihan dan kesengsaraan adalah kuasa Allah. justeru mohonlah apa saja daripada-Nya. Rasulullah juga pernah mengalami musibah kesedihan kerana kehilangan isteri yang dicintainya, Siti khadijah dan bapa saudaranya, Abu Talib. ketika itu, Allah memerintahkan Jibril supaya Rasulullah diisrakmikrajkan. ini memberi pengajaran bahawa mendekatkan diri kepada Allah bukan ketika susah saja.
2. beriman dan yakin dengan kekuasaan dan kebesaran Allah sebagai pencipta. Ini terbukti dalam israk mikraj mengenai kekuasaan dan keajaiban yang ditunjukan di alam lain seperti Sidratul Mntaha syurga dan neraka.
3. Tidak termakan tipu daya iblis dan syaitan yang tidak akan jemu menyesatkan umat manusia dengan pelbagai cara hingga tiba kiamat. Sejak awal perjalanan Israk mikraj jin ifrit sudah mengejar dengan membawa obor untuk menghalang dan memperdayakan baginda.
4. di sepanjang perjalanan, Rasulullah tidak pernah lupa mengucap salam kepada rasul yang ditemui. Keutamaan memberi salam umat sesama muslim sebagai tanda penghormatan dan mengeratkan silaturrahim.

      Penting bagi kita menghayati israk mikraj untuk mengambil pengajaran dan iktibar atas semua yang baik selain mengelak segala yang keji dan murka, termasuk memperbaiki diri kearah lebih sempurna dalam mendapat keberkatan hidup di muka bumi Allah ini.

      Peristiwa ini bukan sekadar diceritakan kembali ketika setiap kali tiba Rejab. Sebaliknya, penting bagi kita memanfaatkan bulan ini melalui mengerjakan amalan sunat dengan tidak mengabaikan amalan wajib supaya kita lebih menghayati dan insaf serta takau kepada kekuasaan Allah, seperti berpuasa pada bulan Rejab.

       sabda Rasulullah:
       "bulan rejab bulan Allah, bulan Syaaban bulanku(Rasulullah), dan bulan ramadan bulan umatku. kemuliaan bulan rejab dengan malam israk mikraj, syaaban dengan malam Nisfu dan Ramadan dengan malam lailatulqadar,"

         Puasa Rejab, berdasarkan sabda rasulullah, mempunyai banyak hikmah dan kelebihan seperti:
1. puasa 1hari pada rejab seperti 40 tahun dan diberi minum air syurga.
2. puasa 1hari pada rejab seperti mengerjakan ibadat seumurnya (sepanjang umurnya)
3. puasa 3hari pada rejab dijadikan parit panjang yang menghalang dia ke neraka(panjangnya setahun perjalanan)

           Begitu hebatnya ganjaran amalan sepanjang Rejab dan janganlah dipersiakan.Amat rugi jika bulan ini dibiarkan berlalu tanpa sebarang amalan yang meningkatkan keimanan kita kepada Allah. Rebutlah. jika tidak dapat banyak, laksanakanlah sedikit. itu lebih baik daripada meninggalkan semua.

           Sekiranya ini dapat dihayati, manusai dapat mengelak diri daripada melakukan pelbagai kejahatan yang dimurkai Allah. Penulis mengharapkan umat islam memperingati israk mikraj bukan sekadar ikutan sebaran pengisian rohani, termasuk membiarkan kisah ini berlalu begitu saja tanpa mengambil iktibar apa yang mahu disampaikan oleh Nabi Muhammad.

          Penting kita meneliti perkara tersirat dalam peristiwa besar ini dalam menempuh dunia yg penuh fitnah dan cabaran supaya tidak lalai selain sentiasa mengingati Allah dan meninggalkan ketakwaan serta keimanan kita kepada-Nya.

No comments:

You might also like:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...