Siapa tak sakit hati bila seseorang  orang berlaku curang..Sebenarnya, sebelum kita saling tuduh-menuduh  pasangan lebih baik kita memahami sebab-sebab kecurangan pasangan.  Kemudian selidik samada faktor tersebut yg telah membuat si dia  menjauhkan diri dari anda!
Hidup Terkongkong
Siapa yang suka  jika hidupnya diatur pasangan atau dikawal ketat kebebasannya? Ruang  kebebasan yg diingini dihimpit ketika berpasangan dengan anda. Sikit2  anda menelefonnya seolah2 tidak percaya kejujurannya. Akibatnya dia  berlaku curang untuk membuktikan kepada anda bahawa dia masih  berharga di mata orang lain dan memberi pelajaran berguna kepada anda!  Dia memulainya dengan rajin berbohong.
Rasa Marah
Percaya  atau tidak, rasa marah dapat mengundang kecurangan. Anda mungkin tidak sedar,  rasa marah sering terpendam dalam diri pasangan. Dia mungkin tidak meluahkan  kerana tidak mahu sengketa atau ketika itu tidak mahu melukakan hati anda.  Anda juga sering abaikan perasaannya dengan mengambil mudah dgn tidak  mahu meminta maaf. Mungkin anda juga sering menimbulkan kemarahannya  dgn melakukan perkara2 yg tidak disukainya seperti merokok,  berpakaian terlalu seksi dan mencabar keegoaannya. Oleh itu, cara  membebaskan diri yang dianggap paling menyenangkan ialah dengan  melakukan kecurangan. Iyalah, marah buat jiwa tertekan dan fikiran  tidak lagi berfikir secara rasional.
 
Sering Berjauhan
Anda  dan si dia sering berjauhan. Contohnya anda belajar di universiti dan  dia bekerja di kampung halaman anda. Anda hanya pulang sekali sekala  berjumpa dengannya ketika cuti semester. Mungkin juga anda atau si  dia asyik kerja out-station , dihantar kursus etc sehingga berhari2,  berminggu2 atau mungkin bertahun lamanya. Sudah pasti kesetiaan  tercabar apabila sering berjauhan. Mungkin dia akan mencari pengganti  yg dapat mengisi kekosongan di saat anda tiada. Niat dia mungkin  sekadar suka2, tetapi akhirnya terjebak dengan cinta!
Ketidakpuasan  dalam Kasih Sayang
Si dia mungkin merasakan anda tidak memberi  perhatian dan kasih sayang yg secukupnya. Anda sibuk ke sana sini dan  kerjaya anda membuat anda tidak ada cukup masa bersamanya. Akibatnya  dia rasa kesunyian dan diabaikan. Oleh itu, dia tergamak  mengkhianati cinta anda dengan keluar dengan orang lain yg lebih
menghargainya  dan sudi meluangkan lebih waktu dengannya.
Komunikasi Yang  Hambar
Masalah komunikasi sering membuatkan percintaan menjadi  hambar. Mungkin anda terlalu pendiam dan tak pandai berbicara.  Hambatan komunikasi seperti perbezaan kematangan dan pengetahuan juga  membuat komunikasi menjadi cacat. Selain itu, mungkin anda berdua  kurang berkomunikasi seperti berlawak jenaka, bercerita masalah atau  peristiwa dan mengucap kata-kata cinta. Bila bertemu, anda dan dia
lebih  banyak mendiamkan diri dan kematian idea untuk dibincang bersama. Oleh itu,  si dia mungkin berlaku curang dengan seseorang yg dapat mengisi  kekosongan ini dengan pandai berbicara, mengambil hati, berlawak dan  berkongsi idea dan pendapat.
Landasan Hubungan Yang Rapuh
Dulu  dia bercinta dengan anda atas landasan yg tidak kukuh seperti dicabar teman2  atau dipaksa keluarga. Mungkin juga dia dulu beranggapan hendak main2 atau  cuba2 saja dengan anda. Tak sangka pulak anda terus melekat! Mungkin  juga kerana wajah anda yg cantik membuat dia rasa ingin bercinta  dengan anda dahulu. Kemudian, pasti dia rasa tertekan bila jiwanya  tidak betul2 cinta dengan anda, sebaliknya terpaksa berpura2. Oleh  itu dia pasti berlaku curang apabila bertemu dengan seseorang yg  benar2 membuat dia jatuh cinta!
Merasa Tidak Dihargai
Lelaki  memiliki sifat ego. Mungkin anda sering menyakiti hatinya, membebel dan melemparkan  kata2 yg tidak manis. Dia mungkin diam dan tidak membalas, tapi perasaanya terhiris.  Bila si dia rasa tidak dicintai dan dihargai, egonya terluka.Ego  yang terluka mengakibatkan kesan yg buruk. Biasanya dia akan
"membalas"  dengan mengambil tindakan luar dugaan seperti berlaku curang dibelakang  anda! Dia berlaku demikian kerana ingin merasa diterima dan dicintai iatu  perasaan yg tidak dapat dirasakan bila bersama anda.
Mahu  Lebih Bahagia
Bila si dia merasa tidak bahagia bersama kita, boleh  jadi dia akan mencari pengganti lain untuk mendapatkan kebahagiaan,  yang definisinya kadang-kadang tidak jelas.
Sikap Yg  Mengada-ngada
Asyik merengek bagai budak kecil bila inginkan sesuatu.  Kadang-kadang si dia tidak mampu untuk memberikan sesuatu yg anda  minta. Malah kadang2 hampir keseluruhan wang gajinya dihabiskan untuk  anda! Malah anda terus mendesak2 seolah2 dia anak jutawan. Anda juga  terlalu manja dan tak pandai berdikari.
Asyik bergantung kepadanya  sehingga pergi kerja pun perlu dijemput dan dihantar. Lainlah kalau  anda sudah menjadi suami isteri. Si Dia mungkin muak dengan sikap anda  dan mencari pengganti yg lebih mengerti.
Hubungan Terlalu  Rutin
Bila hubungan menjadi terlalu rutin sehingga si dia dapat  menjangka apa yg akan terjadi seterusnya, pasti timbul kebosanan.  Contohnya,malam minggu pasti anda akan mengajaknya menonton wayang.  Tempat makan pun asyik2 restoran yg sama. Anda tidak pernah  mengajaknya keluar dari aktiviti rutin seperti berkelah, melawat tempat  menarik, dan sebagainya. Kadang-kadang aktiviti seperti melawat Zoo ,
Pameran  dan Muzium juga dapat memecahkan kebosanan dalam perhubungan.
Sikap  Playboy!
Ahh...si dia memang patut anda jauhi sekiranya playboy  sikapnya. Jgn menyesal jika si dia meninggalkan anda kerana mungkin  itu sebagai penyelamat bagi anda sebelum anda lebih menyesal di hari  kemudian. Dia pantang bertemu perempuan cantik. Pasti dia akan  berlaku curang kepada anda.
Ada Orang Tidak Puas Hati
Si  Dia setia dengan anda dan anda juga begitu. Tapi tanpa sedar, ada pihak tertentu  yg begitu cemburu atau tidak puas hati dengan perhubungan anda. Mereka akan  membuat cerita, memfitnah dan melaga-lagakan anda. Si Dia mungkin terpengaruh  dan akhirnya melepaskan geram dengan kecurangan! 
 

 
 

No comments:
Post a Comment