Dengan memiliki akaun di Facebook, pelbagai perkara boleh dikongsi bersama tanpa batasan selagi pengguna membenarkannya. Tetapi sejauh manakah tahap kesedaran anda mengenai keselamatannya? Adakah perlu semua orang tahu apa yang anda lakukan? Sejauh mana kesan Facebook mampu mengganggu hidup anda. Anda boleh menikmati kehidupan sosial di Facebook tetapi adakah anda sedar akan risiko
Follow up:
yang bakal berlaku pada masa depan? Apakah perkara yang tak sepatutnya anda dedahkan di Facebook?
- Tarikh dan tempat lahir. Bunyinya macam terlalu remeh untuk dirisaukan. Tetapi melalui maklumat inilah 'pencuri' identiti mendapatkan maklumat kewangan anda. Memadai anda menyatakan tarikh dan tidak kepada tahun anda lahir. Cara terbaik adalah nyatakan tarikh lahir atau tahun terhampir. Bahkan terdapat kajian yang mendapati kebanyakkan 'password' sama ada email, akaun dan sebagainya menggunakan tarikh lahir. Dan jangan terkejut jika anda kehilangan akses ke atas akaun anda sendiri.
- Rancangan percutian. Pernahkah anda terfikir apabila anda menyatakan rancangan percutian anda di Facebook, anda sebenarnya menyatakan yang rumah anda akan kosong dan boleh dirompak atau diceroboh pada tarikh tersebut? Memang anda tidak akan menyangka yang perompak akan mendapatkan maklumat melaluinya kerana anda bukan perompak itu! Sebab itulah ada ungkapan yang mengatakan untuk fikir apa yang orang fikir, kita kene fikir cara bagaimana orang tersebut fikir.
- Alamat rumah. Jelas. Jangan dedahkan alamat rumah anda. Contohnya untuk menjemput kawan-kawan ke parti atau majlis dirumah anda. Kajian yang dibuat baru-baru ini oleh Institut Ponemon mendapati risiko kecurian identiti atau maklumat rahsia lebih kerap berlaku bagi mereka yang berkongsi maklumat peribadi di Internet. 40% mendedahkan alamat rumah. 65% tidak menghalang orang tidak dikenali untuk melihat profil peribadi. Dan 60% mengatakan dengan yakin bahawa mereka mengenali semua kawan yang terdapat dalam senarai.
- Pengakuan. Jangan membuat sebarang pengakuan di Facebook. Kerana ia dianggap sebagai bukti sah yang boleh digunapakai. Di Malaysia sendiri terbukti bahawa melalui Facebook juga anda boleh ditangkap oleh polis kerana membuat pengakuan merompak dan menunjukkan hasil rompakan di Facebook. Dalam kes tersebut mungkin boleh dikatakan perompak tersebut kurang ilmu pendidikan ICT. Dalam kes anda, mungkin anda bencikan guru, pensyarah, majikan, rakan sekerja dan sebagainya. Jangan luahkannya. Anda keluar lewat malam pergi ke parti dan sebagainya, jangan ceritakkannya. Apabila anda telah menekan kekunci 'ENTER', hidup anda mungkin akan gelap seketika selepas itu. Bahkan pada masa kini, terdapat juga sesetengah majikan menilai peribadi anda melalui Facebook. Jadi anda harus berhati-hati apabila membuat pengakuan yang melibatkan perasaan atau aktiviti anda.
- Klu 'password'. Sebaiknya buat soalan anda sendiri yang sukar dijawab oleh orang lain berbanding soalan yang telah disediakan oleh laman web. Contohnya, apakah nama ibu anda, apakah sekolah pertama anda dan sebagainya. Soalan keselamatan tersebut mudah dijawab oleh rakan-rakan anda dan menjadikan ia bukan soalan keselamatan lagi. Melalui maklumat tarikh lahir anda dan soalan 'mudah jawab' tersebut, tak mustahil kawan anda adalah pemilik baru akaun laman sosial anda!
- Kegiatan berisiko. Mungkin ada yang berbangga menunjukkan aksi-aksi bahaya di Internet. Tak kurang juga yang bangga menunjukkan gambar-gambar parti dengan memegang botol arak. Tetapi sejauh mana gambar-gambar ini akan memberi kesan pada hidup anda? Ianya akan mula membuat anda merasa menyesal apabila anda hendak menuntut insuran kelak. Pihak insuran akan mengambil kira bukti-bukti tersebut. Gambar anda di parti-parti yang melibatkan alkohol juga boleh menyebabkan kesan kepada pekerjaan anda.
Apapun kemajuan yang kita nikmati haruslah digunakan dengan bijak. Biarkan kemajuan yang dikecapi itu digunapakai untuk tujuan berfaedah dan bukannya hanya untuk membuang masa dengan aktiviti yang tidak berfaedah. Terlalu ghairah dengan kemajuan internet juga tidak kurangnya mengundang pelbagai masalah pada masa depan. Terpulang pada anda untuk meletakkan tahap privasi anda kerana apa yang didedahkan, kesannya akan diterima oleh anda.
sumber dari http://luvlylife.com
No comments:
Post a Comment